Seorang ahli ibadah
bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia
selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada
orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu
dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam
menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai
Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata :
"Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."
Isam bertanya,
"Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk'
zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air.
Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali
dosa yang dilakukan
3. tidak
tergila-gilakan dunia
4. tidak
mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan
sifat berbangga
6. tinggalkan
sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan
sifat dengki
Seterusnya Hatim
berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku
dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan
Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku,
malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku
seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap
bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa
dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku
bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam
mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibandingkan dengan Hatim.
No comments:
Post a Comment